jom jenguk2 sambil tengok2 blog ilmiah ni

Wednesday 11 January 2012



TAJUK 2: TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAINNYA
  • Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
  • Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
  • Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
  • Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-
    1. Domain Kognitif
      • Perkembangan pemikiran pelajar.
    2. Domain Afektif
      • Perkembangan sikap dan nilai pelajar.
    3. Domain Psikomotor
      • Perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

DOMAIN KOGNITIF
  • Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
  • Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
  • Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
  • Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

APA ITU TAKSONOMI BLOOM?
  • Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
  • Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
  • Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM
  1. Pengetahuan
  2. Kefahaman
  3. Aplikasi
  4. Analisis
  5. Sintesis
  6. Penilaian
PENGETAHUAN
  • Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
  • Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
KEFAHAMAN
  • Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
  • Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

APLIKASI
  • Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
  • Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

ANALISIS
  • Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
  • Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

SINTESIS
  • Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
  • Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

PENILAIAN
  • Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.


PEMBENTUKAN SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

TAKSONOMI BLOOM

Pelopor : Benjamin Samuel Bloom.
Tujuan: Membina pemikiran dan pemahaman.
Contoh :
Menjawab soalan berdasarkan pemahaman petikan.
Menyatakan isi penting dalam cerita.

ARAS PENGETAHUAN

TUJUAN :
Mengingat semula perkara-perkara yang telah dipelajari tanpa perubahan.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal.

OJEKTIF UMUM :Mengetahui

OBJETIF KHUSUS :
žMampu menyatakan,
žMenuliskan,
žMelabelkan.

KOSA KATA POPULAR :
žLabelkan
žSenaraikan
žNyatakan
žManakah
žApakah
žBerikan 

CONTOH SOALAN :
1.Apakah maksud perkataan leka?
A.Lalai.
B.Prihatin.
C.Rajin.
D.Malas.

2. Di manakah letak ibu negara Malaysia?
A.Surabaya.
B.Kuala Lumpur.
C.Kota Kinabalu.
D.Kangar.



ARAS KEFAHAMAN

TUJUAN :
Memahami sesuatu bahan, menjelaskan atau memberi makna kepada sesuatu perkara, dan menjangkakan kemungkinan.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilustrasi dalam bahasanya sendiri.
i.Terjemahan isi
ii.Tafsiran maklumat.
iii.Aras ekstrapolasi / tafisran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.

OBJEKTIF UMUM :
Dapat memahami,menelaah, dan menjelaskan.

OBJETIF KHUSUS : 

* Membanding, 
* Membezakan, 
* Menulis, 
* Merumuskan semula.

KOSA KATA POPULAR :
Terangkan
Jelaskan
Huraikan
Tukarkan
Mengapakah
Bandingkan
Bezakan
Ringkaskan

Contoh soalan :
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah.

1. Ali merupakan seorang pelajar yang sangat gigih berusaha demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.

A.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
B.Bagai aur dengan tebing.
C.Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
D.Bagai tikus membaiki labu.

Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang betul.

2.Hani merupakan seorang murid yang rajin membaca buku. Dia digelar __________ di sekolah tersebut.
A.Buaya darat.
B.Kaki bangku.
C.Ulat buku.
D.Putih mata.



ARAS APLIKASI
TUJUAN : 

* Menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak). 
* Menyelesaikan masalah / situasi maujud (konkrit).

CIRI SOALAN : 
* Memerlukan calon menyelesaikan masalah bukan rutin atau masalah baharu. 
* Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman, dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan. 
* Penekanan : kaedah, hukum, teori.

OBJEKTIF UMUM :
Menunjukkan, menyelesaikan, menggunakan.

OBJETIF KHUSUS :
Menyediakan, menghubungkan, mengira, mengendalikan, menggunakan.

KOSA KATA POPULAR :
Selesaikan
Binakan
Carikan
Tunjukkan
Kirakan
Demonstrasikan
Bagaimana
Berikan

CONTOH SOALAN :
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1)
I.Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti.
II.Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini.
III.“kalau tiada uzur, saya pasti ke rumah awak,” kata Pak Ali.
IV.Encik Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur.
A.I dan III sahaja.
B.II dan IV sahaja.
C.I, III, dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.

2)
I.Polis cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu.
II.Aktiviti mencungkil bijih timah di kaki bukit itu giat dijalankan.
III.Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.
IV.Pertandingan badminton untuk mencungkil bakat baharu akan diadakan minggu depan.
A.I dan III sahaja.
B.II dan IV sahaja.
C.I, III, dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.



ARAS ANALISIS
TUJUAN : 

* Menaakul, mencari sebab dan musabab. 
* Meleraikan suatu komunikasi / tajuk kepada beberapa bahagian.

CIRI SOALAN :
* Memerlukan calon menganalisis, memecah atau mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza, mengupas dan membuktikan.

OBJEKTIF UMUM : 

Mencerakinkan, menjelaskan, menilai kerelevanan data dan menaakul.

OBJETIF KHUSUS :
Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi.

KOSA KATA POPULAR :
Bandingkan
Bezakan
Buktikan
Beri sebab
Buat analisis
Cerakinkan
Tafsirkan
Klasifikasikan

CONTOH SOALAN :
Baca ayat di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.

Pertandingan Puisi Pelbagai Kaum yang terbuka kepada semua pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya telah mendapat sambutan hangat.

1.Rangkai kata sambutan hangat dalam ayat bermaksud
A.Menyampaikan sesuatu dengan penuh semangat.
B.Menerima penyertaan yang amat menggalakkan.
C.Melakukan dengan bersungguh-sungguh.
D.Medapat perhatian daripada orang lain.

Jamilah sentiasa meniupkan semangat kepada farid agar adiknya dapat berjalan semula.
2.Apakah maksud rangkai kata meniupkan semangat dalam ayat?
A.Menunjukkan ketabahan.
B.Memberikan perangsang.
C.Menjalani pemulihan.
D.Membina ketahanan.


ARAS SINTESIS
TUJUAN :
Membentuk sesuatu yang baharu.

CIRI SOALAN : 

* Memerlukan calon merancang, mereka / mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif daripada penggabungan pelbagai unsur. 
* Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah, prosedur atau cadangan. 
* Menguji kebolehan calon unuk mencantumkan, menggabungkan, mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea berkaitan.

OJEKTIF UMUM : 
* Menukis karangan, mencadangkan suatu pandangan. 
* Menghasilkan karya.

OBJETIF KHUSUS : 
* Menggabungkan, menggubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta.

KOSA KATA POPULAR :
Rancangkan
Rumuskan
Sediakan
Cadangkan
Karangkan
Gubahkan
Gabungkan
Mereka bentuk
Kumpulkan
Susunkan

CONTOH SOALAN :
1.Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi serangkap pantun yang lengkap.

Masak sebiji di atas peti
Hutang budi dibawa mati
Pisang emas dibawa belayar
Hutang emas boleh dibayar

_________________________,
_________________________;
_________________________,
_________________________.

2. Aminah lahir pada tahun 1985. Pada tahun bilakah dia menduduki peperiksaan PMR?
A.1997
B.1998
C.1999
D.2000



ARAS PENILAIAN
TUJUAN :
Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi , mengesahkan, mengkritik dan memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan.

OBJEKTIF UMUM :
Menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.

OBJEKTIF KHUSUS :
Menilai, membuat pertimbangan.

KOSA KATA POPULAR :
Bincangkan
Nilaikan
Beri pendapat
Beri justifikasi
Pertimbangkan
Sejauh mana
Rumuskan
Tafsirkan
Bandingkan
Ulaskan

CONTOH SOALAN :
1.Beri pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan tinggal di asrama.
2.Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Bincangkan pernyataan tersebut.


APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL?
  • Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
  • Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
  • Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
  • Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN
  • Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
  • Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
  • Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
  • Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
    1. Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
    2. Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
    3. Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian


GERAK BALAS
  • Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
  • Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI
  • Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
  • Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI
  • Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
  • Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
  • Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

No comments:

Post a Comment