jom jenguk2 sambil tengok2 blog ilmiah ni

Monday 6 February 2012

Kaedah Penilaian Bahasa

1. Penilaian Melalui Portfolio.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.
Apakah portfolio?
· Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri portfolio.
· Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
· Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
· Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
· Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.


Penilaian Portfolio
· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.

1. Portfolio Kerja Harian
· Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
· Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
2. Portfolio Hasil Terbaik
· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
· Berbentuk sumatif
· Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
3. Portfolio Dokumen
· Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
· Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio
· Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
· Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
· Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
· Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
· Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.


Bagaimana Portfolio dinilai?
· Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
· Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
· Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
Kriteria penilaian
  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.





Penilaian Melalui Pemerhatian
· Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
· Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
· Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
· Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
· Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
· Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
Kualiti Pemerhatian
· Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
· Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
· Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
· Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
· Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
Bentuk Perancangan
· Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
· Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
· Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
Merekod penilaian pemerhatian
· Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
· Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan Tugasan
· Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan
· Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan Susulan
· Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot
· Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal
Kecekapan Linguistik
· Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
· Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik
· Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
· Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal
· Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
· Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
II. Menggunakan senarai semak.
III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi Pemerhatian
· Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
· Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

Jenis Penilaian Bahasa


1. Ujian Formatif
  • Bahan atau alat ujian yang digunakan oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.
  • Ujian yang diberikan adalah berasaskan sesuatu kemahiran atau subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan.
  • Ujian formatif bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam penguasaan sesuatu subkemahiran bahasa.
2. Ujian Sumatif
  • Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang seperti selepas satu semester atau selepas setahun persekolahan.
  • Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif murid.
  • Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya pula adalah berbentuk jumlah skor.
3. Ujian Kefasihan
  • Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
  • Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berdasarkan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global (umum) pada bahasa yang dipelajari murid terbabit.
  • Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehannnya.
  • Ia dinilai dari segi :
    ~ Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
    ~ Intonasi dan nada yang betul.
    ~ Pemilihan ungkapan yang betul.
    ~ Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud 
    dengan jelas.
    ~ Posisi tubuh yang betul.
    ~ Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk mennyerap perkataan).
4. Ujian Kemajuan
  • Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
  • Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
  • Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
  • Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
5. Ujian Bakat
  • Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat seseorang pelajar dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.
  • Ujian ini adalah khusus untuk menelaah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.
  • Ia melibatkan data-data bahasa yang ‘artifical’ yang mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainnya.
  • Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
6. Ujian Pencapaian
  • Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
  • Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
  • Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan.
  • Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
  • Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.

PEMBINAAN UJIAN


Item Ujian
Biasanya kita menganggap pembinaan item dalam ujian Bahasa Melayu sebagaiperkara mudah. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar barulah timbul pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep, tiada jawapan yangtidak digunakan langsung, item yang terlalu mudah dan sukar, item yang bertindan,arahan yang tidak jelas, rangsangan yang kabur, tidak ada pengkhususan dalam bidangyang disoal dan item yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagaikesalahan lain. Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dankebolehpercayaan bahan ujian kita itu. Oleh yang demikian kita perlu sedar tentangbeberapa aspek pembinaan item-item ujian bahasa Melayu di peringkat sekolahmenengah.Sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa, kita perlu menentukan tujuanujian itu dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana item ujianitu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan. Item-item yang dibina dan dipilih juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa, objektif dan isikandungan pelajaran.Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujiandalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaianpembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalampembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkansesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Jenis-jenis Ujian
Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancangdan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaranbahasa KBSR dan KBSM, penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar,bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujiandan teknik pembinaan item ujian yang sesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu:i.objektif danii.subjektif 
Objektif 
Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akanmemberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitupemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakanbalas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatuujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik.Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenisaneka pilihan dan kloz.Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yangdiberikan kepada pelajar iaitu:
a.item respons bebas ( jenis sumbangan)
b.item respons tetap ( item objektif pilihan)
Item Respon Bebas
Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri padaruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotakyang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respon bebas.i.
Jenis soalan
:contoh
a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran ?
(ke - an)
b) Apakah lawan bagi perkataan untung ?
( rugi)
ii.Item Melengkapkan Penyataan
Contoh:a)Kita mesti naik bas ke rumah Nasharudin kerana rumahnya _____(jauh) dari tempat ini.b) Ariff pernah _________(tinggal) di Kuala Lumpur.
Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling tepat.Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah formatSalah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.i.
Item Salah-Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yangperlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu:betul (B)atau salah (S).  Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada kenyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanyamelibatkan penerimaan atau penafian.Contoh bagi Item Dua Pilihan:
a)Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.
i)Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud orang yang berjalantanpa kasut 
.b)Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:
i)Bahasa adalah sesuatu yang diwarisi. Ya/Tidak

Item Padanan
Item Padanan atau Suaian

biasanya mengandungi dua ruangan senarai yangmengandungi perkataan atau frasa.perkara . Ruangan A dipanggil pokok soalan(premise) dan ruangan B dipanggil jawapan (response). Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di ruang A denganobjek/ perkara diruang B.
Contoh :Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakangarisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.
Ruangan A(Kata Bilangan)
Ruangan B(Contoh)
1.Kata Bilangan Tentu.
A.    Separuhbahagian hartanya akan diserahkan kepadarumah anak yatim. Himpunan. 
2. Kata Bilangan 
B. Aminah mempunyai dua ekor arnab
3. Kata Bilangan Pecahan 
C. Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-masing apabila guru masuk ke kelas
4. Kata Bilangan Pisahan
D.Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa denganPengetua.

iii.Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan merupakan jenis ujian objektif yang paling popular sekali di kalanganpembina item ujian. Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap keranadiberikan tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.a.Item aneka pilihan berbentuk
soalan
Contoh:
1.Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan?
(A)Jangan lari
(B)Padamkan lampu itu.
(C)Sila duduk sekarang.
(D)Harap anda dapat datang esok.

b.Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
Contoh:
1.Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah
(A)Jika dia rajin dia lulus.
(B)Mereka membaca buku di perpustakaan.
(C)Guru yang gemuk itu ditimpa kemalangan.
(D)Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

c.Mengisi Tempat Kosong
Contoh:1.Air di dalam kolam itu _______ kerana hujan sudah lama tidak turun.
(A)keringan
(B)mengeringkan
(C)kekeringan
(D)berkeringan

d.Jenis Jawapan Terbaik
Contoh:
1.Definisi terbaik bagi kata adjektif ialah kata yang
(A) menunjukkan sifat sesuatu.
(B) menerangkan keadaan bagi sesuatu kata nama.
(C) menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
(D) mempunyai satu kata adjektif dan unsur-unsur keteranganlain seperti kata bantu atau kata penguat.

e.Analogi
Contoh:Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal
hitam : putih
(A) kain : merah)
(B)merah : tua
(C)merah : hijau
(D)merah : jambu

f. Antonim
Contoh:
Arahan :Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang berlawanandengan perkataan berhuruf besar.
PEMARAH
I.Penyabar
 II.Pengampun
III.Pendamai
IV.Peramah
(A)I dan II sahaja
(B)I dan IV sahaja
(C)II dan III sahaja
(D)III dan IV sahaja

g.Jenis Negatif 
Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokoksoalan sering mengandungi perkataan kecuali, bukan, tidak,dan lain-lain.
Contoh:
Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama kecuali
(A)labi-labi.
(B) rama-rama.
(C)kuda-kuda.
(D) kura-kura.

h.Item Jenis Cantuman
.Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai
1.Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih cadangan jawapanyang paling sesuai.
ii. Mereka menyokong dan memapah lelaki yang hampir pitam itu agar tidak rebah.
II.Orang ramai menyokong langkah langkah pihak berkuasamembenteras kegiatan cetak rompak.
III.Setiap bulan abanglah yang menyokong persekolahan kami bertiga.
IV.Para pelajar sekolah itu diminta menyokong pasukan bolabaling sekolah mereka yang akan bertanding esok.
(A)I dan III sahaja
(B)II dan IV sahaja.
(C)I, II dan IV sahaja
(D)I,II, III dan IV

Contoh
(b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/sekuen.
1.Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam satu majlis. Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.
i.Yang Berusaha
ii.Yang Amat Berhormat
iii.Yang Berhormati
v. Yang Berbahagia
(A)I, II, III dan IV
(B)II, III, IV dan I
(C)III, II, I dan IV
(D)IV, III, II dan I

2.Susunan pembuka kata ucapan di atas mengikut urutan yang betul ialah
(A)I, II, III, IV, V
(B)I, III, II, V, IV
(C)I, IV, III, II, V
(D)I, V, II, III, IV

Aras kemahiran item objektif aneka pilihan
Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran bidang kognitif dibawah kategori Taksonomi Bloom.
Aras kemahiran dalam bidang kognitif
Kata-kata kerja
1.Pengetahuan
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah,prinsip, hukum, definisi yang dipelajari
Manakah, Apakah,Siapakah, Bilakah,Berikan,Senaraikan, Nyatakan
2.Kefahaman
Aras ini menguji kebolehan kebolehan pelajar memahami,menterjemah,meninterpretasi, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, hokum, teori yang telah dipelajari
Huraikan,Benarkan,Jelaskan,Terangkan,Tukarkan, Mengapa
3. Aplikasi
Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori,prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.
Tunjukkan, Kirakan,Selesaikan,
Demonstrasikan, Susunkan,Uruskan, Gunakan
4.Analisis
Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.
Bezakan,
Bandingkan,Asingkan, Tafsirkan,Bahagikan, Klasifikasikan
5.Sintesis
Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan
Gabungkan, merekabentuk,Bentukkan, Kumpulkan,susunkan, Gubahkan,Karangkan
6.Penilaian
Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan, mengesahkan,mengkritik, merumuskan, atau memberi pendapat sesuatu penyataan, ciptaan,karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Nilaikan, Rumuskan,Tafsirkan, Kritikan,Bandingkan, Ulaskan,Bezakan, Huraikan,Buktikan.

 Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Sungguhpun teknikkloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran danpemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secarakeseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itukeseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
Contoh:Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataanyang sesuai, berdasarkan senarai.
Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____ pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah _______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka. Sumbangan yangsentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawansecara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______ untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak berkenaan.

Soalan Subjektif 
Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. Tindak balas pelajar mungkin bebasatau terhad. Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, iamungkin merupakan satu ayat sahaja. Tindak balas yang dikehendaki ditentukan olehpenggubal soalan ujian itu. Soalan ujian subjektif boleh dibahagikan kepada item jenisstruktur dan esei. Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhaddan jenis tindak balas lanjutan.
i.Item Jenis Struktur 
Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik danberkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atauberkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberirangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyaratyang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah danruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendekboleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakanrangsangan yang sama. Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara ,item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.
Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.
Contoh:1.Bina ayat yang mengandungi:
(i) Kata kerja aktif tak transitif ___________________________________________(ii) Kata kerja aktif transitif ______________________________________________                                                                                                                                          ( 2markah )
2.Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripadahukum keselarasan vokal.
(ii)____________________________________________________ 
(iii)______________________________________________  ______ ( 2 markah)

ii.Item Jenis Esei
Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerakbalas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebutmemerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai  fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logic hingga menghasilkan jawapan yang asli.Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluangkepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yangdiberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu,kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.
Contoh pembinaan item esei.
a.Tindak balas terbatas (TBT)
1.Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu.
(a)Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-tiapbentuk.
( 9 markah)
(b) Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi dua rangkap.( 6 markah)

Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan kepada skopatau topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. Item ini berupayamengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalahkebolepercayaan pemarkahan.
1.Tindak balas lanjutan (TBL)“ 
Membaca Kunci Kejayaan “. Cogan kata ini menunjukkan betapapentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap sukamembaca di kalangan pelajar hari ini.( 25 markah )
Pembinaan Ujian
Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan memerlukankemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru adalahbertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistemastik agar kualitiujian dapat dikawal rapi.Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaranyang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian telahdisediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau jadual penentuan dari aspek-aspek yang berikut:
topik yang akan diuji dan pemberatannya,
kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya,
aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan
 jenis soalan