jom jenguk2 sambil tengok2 blog ilmiah ni

Monday 6 February 2012

Kaedah Penilaian Bahasa

1. Penilaian Melalui Portfolio.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.
Apakah portfolio?
· Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri portfolio.
· Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
· Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
· Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
· Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.


Penilaian Portfolio
· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.

1. Portfolio Kerja Harian
· Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
· Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
2. Portfolio Hasil Terbaik
· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
· Berbentuk sumatif
· Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
3. Portfolio Dokumen
· Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
· Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio
· Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
· Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
· Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
· Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
· Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.


Bagaimana Portfolio dinilai?
· Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
· Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
· Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
Kriteria penilaian
  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.





Penilaian Melalui Pemerhatian
· Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
· Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
· Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
· Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
· Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
· Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
Kualiti Pemerhatian
· Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
· Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
· Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
· Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
· Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
Bentuk Perancangan
· Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
· Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
· Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
Merekod penilaian pemerhatian
· Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
· Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan Tugasan
· Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan
· Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan Susulan
· Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot
· Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal
Kecekapan Linguistik
· Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
· Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik
· Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
· Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal
· Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
· Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
II. Menggunakan senarai semak.
III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi Pemerhatian
· Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
· Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

Jenis Penilaian Bahasa


1. Ujian Formatif
  • Bahan atau alat ujian yang digunakan oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.
  • Ujian yang diberikan adalah berasaskan sesuatu kemahiran atau subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan.
  • Ujian formatif bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam penguasaan sesuatu subkemahiran bahasa.
2. Ujian Sumatif
  • Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang seperti selepas satu semester atau selepas setahun persekolahan.
  • Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif murid.
  • Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya pula adalah berbentuk jumlah skor.
3. Ujian Kefasihan
  • Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
  • Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berdasarkan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global (umum) pada bahasa yang dipelajari murid terbabit.
  • Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehannnya.
  • Ia dinilai dari segi :
    ~ Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
    ~ Intonasi dan nada yang betul.
    ~ Pemilihan ungkapan yang betul.
    ~ Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud 
    dengan jelas.
    ~ Posisi tubuh yang betul.
    ~ Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk mennyerap perkataan).
4. Ujian Kemajuan
  • Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
  • Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
  • Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
  • Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
5. Ujian Bakat
  • Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat seseorang pelajar dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.
  • Ujian ini adalah khusus untuk menelaah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.
  • Ia melibatkan data-data bahasa yang ‘artifical’ yang mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainnya.
  • Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
6. Ujian Pencapaian
  • Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
  • Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
  • Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan.
  • Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
  • Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.