jom jenguk2 sambil tengok2 blog ilmiah ni

Tuesday 10 January 2012


Pengujian. Penilaian. Pentaksiran

Pengujian

Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.

Pengujian dalam bilik darjah- proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif.

Croanbach (1970)
  • “Ujian adalah satu prosedur yang sistematik
  • untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
  • Contoh
☻skala bernombor :
-30/100 untuk ujian penglihatan,
-100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)
-80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajarn seperti Sains.
☻sistem berkategori:
-“ ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian perosnaliti
- “ rabun warna” bagi ujian penglihatan.”
Muilagros(1981)
  • Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid
  • dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
  • Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Pelaksanaan pengujian –
terbahagi kepada dua kumpulan:
  • ujian berbahasa:
☻ Contoh :-ujian pensel
-kertas set ujian lisan
  • ujian bukan berbahasa
☻ contoh :- ujian prestasi
- ujian kemahiran psikomotor
-ujian membaiki radas elektronik.
Peringkat proses pengujian
-Persediaan
-pelaksanaan pentadbiran ujian
-pemeriksaan skrip jawapan.

TUJUAN PENGUJIAN
-Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.
-Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertantu.
-Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.
-Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarnnya.
-Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.

Jenis Pengujian 

Terdapat berbagai jenis ujian bahasa yang digunakan di sekolah. Jenis ini dapat digolongkan kepada tiga kumpulan besar: ujian pencapaian , ujian kemahiran dan ujian bakat.

Ujian Pencapaian.

Ujian pencapaian ini boleh dibahagikan kepada dua jenis umum, iaitu Ujian Kemajuan dan Ujian Pencapaian:

1. Ujian Kemajuan

Ujian ini kerap digunakan di dalam bilik darjah. Tiap-tiap ujian kemajuan yang di gunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru darjah itu sendiri, kerana dia mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan ujian yang direkabentuk olehnya itu. Tujuannya adalah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan pelajar yang ingin diuji. Adalah tidak wajar untuk menggunakan ujian umum seperti SRP untuk memenuhi keperluan sesuatu keadaan yang khusus di dalam bilik darjah. Jadi, guru digalakkan membentuk ujiannya bagi memenuhi keperluannya sendiri. 

Ujian kemajuan ini bertujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu. Ujian itu berasaskan kepada rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Jadi ujian itu bukan saja penting untuk menilai kemajuan pelajar dalam pelajarannya, tetapi juga tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar murid-muridnya. 

Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan. Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat mengerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif. Jadi ujian ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari. Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markat pencapaian yang tinggi dan ini akan mendorong pelajar untuk berusaha lagi. 

2. Ujian Pencapaian

Ujian ini tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan. Ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti SRP dan SPM. Ujian seperti ini adalah berasakan kepada apa yang dianggap telah dipelajari oleh pelajar. Ujian ini merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar. Pembentukan ujian itu berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Dalam peperiksaan umum seperti ini, bahan–bahan yang dibentuk biasanya diprauji dulu. Tiap-tiap butiran peperiksaan dianalisis melalui proses analisis butiran. Butir-butir yang sesuai dikekalkan dan lain-lain, sama ada dibuang, diubah atau diperbaiki, berasakan analisis tersebut. Kadang-kadang ujian pencapaian digunakan juga sebagai ujian kemajuan, jika tujuannya ialah khas untuk melihat kemajuan pelajar di dalam pelajarannya. 

Ujian Kemahiran

Ujian ini ialah untuk menentukan sejauh mana kemahiran bahasa seseorang pelajar dan bagaimana dia menggunakan kemahiran ini untuk menghadapi sesuatu tugas tertentu seperti pelajaran lain atau bidang-bidang tertentu. Misalnya, ada ujian lisan bahasa Malaysia pada peringkat SPM, dan ada ujian untuk menguji kemahiran pelajar di dalam pertuturan. Ujian bahasa Inggeris TOEFL (Test of English as a Foreign Language) bertujuan untuk menguji kemahiran seseorang di dalam bahasa tersebut. Jadi ujian seperti ini bukanlah untuk mengukur pencapaian am, tetapi kemahiran khusus yang diperlukan untuk menghadapi pembelajaran.

Ujian Bakat

Ujian bakat di dalam bahasa Malaysia ialah ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu. Adalah dianggapkan bahawa bukan semua orang, khususnya bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malaysia. Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa. Dengan itu tidak mungkin dan tidak perlu diuji semua aspek bahasa di dalam satu ujian. Oleh sebab itu, biasanya ujian bakat dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang ingin dipelajari oleh pelajar, umpamanya kemahiran bertutur.

Ciri-Ciri Ujian yang Baik

Beberapa ciri penting mengenai ujian diperlukan untuk memastikan bahawa ujian bahasa Malaysia yang dibentuk, dilaksanakan dan digunakan untuk menilai bahawa pelajar itu adalah benar-benar berfungsi demikian. Ciri-ciri utama yang harus ada adalah seperti berikut: kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan kemudahan tafsiran.

Kesahan

Kesahan ujian bermakna kita memastikan bahawa sesuatu ujian bahasa Malaysia itu benar-benar menguji perkara-perkara yang harus diuji iaitu mencapai tujuannya. Bagi sesuatu ujian, ada tiga jenis kesahan yang harus diawasi iaitu: Kesahan Rupa, Kesahan Berhubung dengan Kriteria, dan Kesahan Isi.

a. Kesahan Rupa

Kesahan rupa bermakna bahawa sesuatu ujian itu harus kelihatan menguji perkara yang diuji. Ujian di bilik darjah harus mempunyai ciri kesahan yang tinggi, iaitu ujian tersebut harus kelihatan menguji apa yang hendak diuji. Misalnya ujian bahasa Malaysia harus kelihatan seperti mengandungi petikan untuk ujian fahaman dan kosa kata dan sebagainya, tidak banyak mengandungi angka, graf, jadual dan lain-lain yang lebih merupakan ujian matematik. Jika ujian itu kelihatan seperti ujian matematik, maka kesahan rupa ujian bahasa Malaysia tersebut adalah rendah. 

b. Kesahan Berhubung dengan Kriteria

Sesuatu ujian yang baik juga mempunyai kesahan berhubung dengan kriteria. Ini bermakna bahawa pencapaian pelajar di dalam ujian tersebut dapat dihubungkan dengan sesuatu kriteria tertentu, seperti peperiksaan luar atau kejayaan pada masa depan. Misalnya ujian lisan di sekolah mempunyai kesahan berhubung dengan kriteria tinggi yang dapat dikaitkan dengan peperiksaan SPM. Pelajar yang mendapat pencapaian yang tinggi di dalam ujian ramalan, dapat diduga akan mencapai markat yang tinggi juga di dalam peperiksaan SPM nanti. 

c. Kesahan Isi

Kesahan ini cuba melihat sejauh mana ujian tersebut meliputi bidang pelajaran yang harus diuji. Ujian yang mempunyai kesahan isi yang tinggi akan mencerminkan isi dan pengajaran yang telah dilaksanakan sebelum ujian. Semua objektif pengajaran yang penting bagi sesuatu pelajaran, dinyatakan di dalam isi yang mewakili pelajaran tersebut. Dengan itu tidak ada perkara penting dari segi isi pelajaran akan tertinggal. Kesahan isi bagi ujian bilik darjah yang disediakan oleh guru harus dipertimbangkan oleh guru yang telah mengajar isi tersebut bagi kelasnya. 

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada keselarasan sekumpulan skor ujian mengukur. Jadi, kebolehpercayaan itu ialah ketetapan atau konsistensi ujian tersebut. Ujian yang tinggi kebolehpercayaannya ialah ujian yang menghasilkan skor-skor ujian yang hampir sama bagi sekumpulan pelajar di dalam keadaan yang berbeza. Tidak semestinya satu-satu bahan ujian yang menghasilkan keputusan analisis kebolehpercayaan yang tinggi itu, sah terutamanya jika bahan itu menguji aspek-aspek yang tidak relevan dengan objektif pengajaran, kerana, analisis statistik kebolehpercayaan tidak dapat menguji kesahan isi. Sebaliknya jika sesuatu ujian itu terdiri daripada butiran yang dianggap tepat dan penting, maka, bahan ujian itu akan menjadi sah, dan boleh dipercayai.

Sekurang-kurangnya ada tiga faktor besar yang dapat mempengaruhi kebolehpercayaan satu-satu hasilan bahan ujian.

a. Kesesuaian dan Ketepatan Tugas-Tugas yang Diberi

Sesuatu soalan ujian yang senang, susah atau yang boleh dibuat berbagai tafsiran, tidak mungkin boleh menghasilkan markah-markah yang tinggi kebolehpercayaannya. Misalnya bahagian karangan di dalam peperiksaan SPM, seperti ‘Pilih satu tajuk di bawah dan kemudian buatkan satu karangan yang panjangnya kira-kira 350 hingga 450 patah perkataan’.

1. Filem tempatan lebih baik daripada filem asing. Bincangkan.
2. Budaya asing
3. Pengaruh muzik barat

Tajuk-tajuk ini kurang jelas maknanya. Skop penulisannya luas dan akan menimbulkan berbagai tafsiran. Akibatnya kelemahan ini akan mengurangkan kebolehpercayaan hasil ujian tersebut. Keadaan ini bukan saja memerlukan pelajar menghadapi tugas-tugas yang kabur, malah mereka perlu menggunakan daya pemikiran yang lebih daripada kebolehan bahasa. Pemeriksa pula terpaksa membuat tafsiran tentang jawapan yang diterimanya mengikut pendapat dan kemampuannya yang tersendiri.

b. Keobjektifan Pemeriksa yang Memeriksa Ujian

Faktor ini berhubung rapat dengan faktor (a) di atas. Jika pemeriksa memberi markah mengikut perasaannya dan bukan mengikut suatu norma baku yang sudah tetap untuk keseluruhan pemeriksaan, maka markah tersebut akan kurang kebolehpercayaannya. Perkara ini mungkin timbul di dalam contoh soalan di atas. 

Keobjektifan 

Tujuan mengadakan ujian adalah untuk mengurangkan pertimbangan subjektif mengenai pencapaian pelajar. Guru ingin memastikan bahawa pencapaian pelajar di dalam ujian bahasa Malaysia itu benar-benar mencerminkan kebolehannya, iaitu melalui satu penentuan yang objektif. Guru tidak seharusnya dipengaruhi oleh sifat peribadi pelajar atau perkara-perkara luar daripada ujian. Hanya ujian objektif yang memerlukan jawapan betul-salah di dalam jawapannya aneka pilihan saja yang mempunyai objektif yang tepat. Bagi ujian subjektif, guru harus menyediakan satu jawapan sebagai rangka untuk menetapkan skema pemarkahan supaya keobjektifan ujian tercapai.

Kebolehtadbiran

Sesuatu ujian itu harus boleh dilaksanakan di dalam tempoh masa yang tertentu atau mempunyai ciri kebolehtadbiran. Misalnya ujian subjektif harus jangan mengandungi jawapan yang terlalu panjang supaya pelajar dapat menyudahkannya di dalam masa yang ditetapkan. Begitu juga dengan ujian objektif kerana jika pelajar tidak dapat menjawab semua soalan, maka objektif dan isi kandungan tertentu dari ujian tersebut terpaksa ditinggalkan. Dengan itu hasil markah tidak dapat mencerminkan kebolehannya yang sebenar.

Tafsiran 

Tafsiran markat dari ujian adalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang diuji tersebut. Jika kesahan isi kandungan yang menjadi persoalan utama, maka guru harus merujuk kembali kepada bidang-bidang pelajaran dan butiran ujian tersebut, iaitu membuat analisis butiran. Tafsiran markat harus mudah digunakan oleh pelajar, ibu bapa dan guru untuk tujuan tertentu. 

Bentuk Ujian 

Ujian dan peperiksaan bahasa Malaysia dapat dijalankan di dalam dua bentuk iaitu: ujian objektif dan ujian esei.

Ujian Objektif 

Ujian objektif itu bermaksud bahawa bahan atau perkara yang hendak diuji itu telah ditentukan sebagai objektif ujian tersebut. Di samping itu juga pemarkahannya dapat dikawal secara objektif, walaupun bilangan pelajar yang terlibat itu ramai. Ujian objektif itu amat berguna di dalam keadaan apabila pelajar yang hendak diuji itu ramai jumlahnya, dan bahan ujian yang dibentuk itu boleh pula diulang penggunaannya pada masa depan. Ujian objektif ini juga dapat meningkatkan pembelajaran aspek-aspek formal bahasa seperti tatabahasa dan ejaan, dan kita dapat menguji kefahaman dan kebolehan mereka di dalam menggunakan prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan tatabahasa yang telah diajarkan kepada mereka. Ujian objektif yang baik juga biasanya dapat menjamin wujudnya kesaksamaan di dalam pemarkahan, sebab jawapan-jawapan yang terlibat adalah sama saja. Pemarkah tidak mempunyai ruang untuk berlaku tidak adil. Pihak guru pun boleh menjadi lebih yakin untuk membentuk bahan ujian objektif yang bermutu. Ini biasanya didapati lebih mudah untuk dilakukan daripada ujian berbentuk karangan atau esei. 

Ujian Esei

Ini ialah cara ujian tradisional. Pelajar diminta mengarang esei untuk menjelaskan jawapannya. Inilah perbezaan di antara ujian objektif dengan ujian jenis esei. Istilah ini kerap disalahfahami dengan pemakaian istilah subjektif. Ujian jenis esei ini bukanlah ujian subjektif. Pemarkahannya boleh juga objektif (adil dan tidak mengambil kira perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan ujian itu). Cuma, memang agak sukar untuk bersifat objektif dalam memarkahkan esei.

Ujian berbentuk esei ini dapat digunakan di dalam banyak keadaan. Ujian esei ini berkesan kalau bilangan pelajar yang hendak diuji itu tidak ramai. Bahan ujian itu biasa juga diulang penggunaannya, walaupun ada pihak yang menganggap ujian itu tidak boleh digunakan kembali. Ujian ini juga berkesan kalau guru ingin memberi galakan untuk perkembangan kemahiran menulis dan mengarang. Ujian begini juga memerlukan guru mempunyai kemampuan menjadi pembaca yang kritis, menilai jawapan-jawapan yang diberi. Dengan cara begini daya kreatif bahasa pelajar betul-betul dapat berkembang dan boleh diuji, dan tidak semata-mata melihat kebolehannya di dalam mempelajari aspek-aspek formal bahasa saja.

Perbandingan Ujian Objektif dan Esei 

Setiap satu bentuk ujian ini memang mempunyai banyak kelebihan dan kekuatan. Ujian objektif tidak dapat mengukur dorongan dan kreativiti pelajar, dan juga tidak memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan perasaan mereka dengan berkesan. Oleh itu ramai ahli pedagogi bersetuju dengan penggunaan ujian objektif di dalam bilik darjah terutamanya bagi ujian kemajuan dan pencapaian. Butiran ujian objektif mempunyai aneka pilihan, dan secara perbandingannya, cara ini mempunyai kemampuan yang tinggi untuk mendiskriminasikan pelajar-pelajar yang baik dari pelajar-pelajar yang lemah. Jadi butiran ujian objektif aneka pilihan boleh digunakan untuk mengukur pencapaian bahasa Malaysia di dalam bilik darjah.

Ujian jenis esei pula agak unik dan membawa fungsi yang istimewa. Esei merupakan satu teknik untuk mengeluarkan dan mengungkapkan idea dengan melibatkan suasana yang melibatkan permasalahan. Pelajar dikehendaki menggunakan segala keupayaannya untuk mengatasi permasalahan tersebut. Ini adalah satu kemahiran menyeluruh yang diperlukan di dalam mempelajari sesuatu bahasa.


PENILAIAN
Pengertian Konsep :
-satu proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.
-suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
-melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
-melibatkan tiga proses utama iaitu:
#menentukan ukuran
#menganalisis ukuran
#menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.
Gay 1985
-penilaian adalah satu proses yang sistematik
-semasa mengumpul dan menganalisis data
-bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah dicapai.
-membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Stufflebeam (1971)
-penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna
-bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
-menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.
-pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk
-Kualitatif sahaja :
☻gred (A,B,C.D)
☻dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal
-Kuantitatif sahaja :
☻Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat, tepat dan bersih.
Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan dalam 5 peringkat iaitu:
1.Peringkat persediaan ujian
2.Peringkat pentadbiran ujian
3.Peringkat pemeriksaan dan pengukuran
4.Peringkat analisis
5.Peringkat interpretasi dan tindakan

Kategori Penilaian:
-Penilaian KEndiri:
☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujain atau peperiksaan.
-Penilaian Guru
☻ bertujuan mennetukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya
-Penilaian Piawai
☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.
☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar.

Tujuan Penilaian:
-Diagnosis
-Pencapaian
Pemilihan dan Penempatan
Bimbingan dan Kaunseling

Diagnosis
Maklumbalas yang diberikan dapat digunakan untuk mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar dari sudut :
☻Tahap : sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.
☻ kecekapan: cepat, cergas , lemah


Pencapaian
Hasil penilaian menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal.
Pihak sekolah menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.


Pemilihan dan Penempatan:
Guru memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka.
Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.
Keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

Bimbingan dan kaunseling
pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.
mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran ialah iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian bagi Ujian
Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya
Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.
Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

                                Penilaian Formatif                                                    Penilaian Sumatif
Aspek
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif
Konsep
Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran
Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.
Tujuan
Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.
Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.
Waktu penilaian
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung
Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
Kaedah
Formal : pensel-kertas
Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan
Dibuat secara individu atau dalam kumpulan
Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.
Dijalankan secara berkumpulan
Selepas penilaian dijalankan
Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan
Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan
Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.
Membaiki kurikulum / mata pelajaran


Pentaksiran
Pengertian/ Konsep:
Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Konteks pendidikan :pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran
dijalankan secara berterusan.


Tujuan Pentaksiran
Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna
Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran
Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.
Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .
Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)


Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu:
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)
pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)
pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .


Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)
proses pembelajaran berterusan
dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan
supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid.
Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.


Peranan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran
mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran
mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar
memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran
mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran
menyediakan maklumbalas dan arahan segera

Prinsip pentaksiran
a) instrumen
b) kumpulan yang ditaksir
c) respons
d) kumpulan yang menaksir
e) skor

Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik darjah
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-mana pentaksiran memberi kesan impak
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi murid
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang ditaksir
Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian pembelajaran murid
Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian


Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti berikut :
Mengapa Mentaksir?
Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah berikut bagi meningkatkan pembelajaran
Apa yang ditaksir ?
Setiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan dengan kehendak kurikulum
Kaedah yang digunakan ?
Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang mempamirkan kebolehan dan kefahaman
Memastikan Kehendak Kualiti
Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan penterjemahan pembelajaran
Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci
Maklumbalas terperinci yang tepat
Mengunakan Maklumat
Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi menunjukan prestasi pembelajaran
Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan pada tahap hasilan kurikulum
Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa mengenai kedudukan pembelajaran dan memberi panduan untuk memperbaiki prestasi

Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)
proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid.
memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran.
pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition).
Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.


Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :
memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri
membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka
menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum
bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas
membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam
mempelajari perkara baru
menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten
memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang terperinci
menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran.


Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning)
berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan,
mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya,
menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.
Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan :
kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu
kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan
proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi
kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama
penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan
kaedah yang telus bagi pentaksiran
deskripsi mengenai proses pentaksiran
strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan .
Pendekatan
Tujuan
Rujukan
Pentaksir
Pentaksiran Kepada Pembelajaran
Penghakiman mengenai penempatan, peningkatan, penghargaan dan sebagainya
Murid
Guru
Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Maklumat bagi hasilan pembelajaran guru
Pentaksiran piawai luar atau harapan
Guru
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Penilaian kendiri dan pembetulan sendiri
Matalamat kendiri dan piawai luaran
Murid

Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan kompetensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan pembelajaran.

Tujuan Pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran















               CIRI

JENIS
PENGUJIAN
PENGUKURAN/ PENTAKSIRAN
PENILAIAN
DEFINISI
1.    Alat pengukuran perubahan sesuatu aspek tingkah laku.
1.    Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar.
1.    Proses menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan nilai.
TUJUAN/
KEGUNAAN
1.    Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran.
1.    Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
1.    Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
BENTUK
1.    Pemerhatian.
2.    Ujian lisan.
3.    Bertulis.
1.    Set ujian bertulis dengan markah dan gred.
1.    Jadual.
2.    Gred berdasarkan teknik perangkaan.
CARA/PROSES
1.    Persediaan Ujian.
2.    Pntadbiran
3.    Pemeriksaan..
1.    Proses pngujian.
2.    Merekod markah/gred.
1.    Proses pengukuran.
2.    Proses penganalisisan.
3.    Proses interprestasi.
4.    Melapor.
5.    Tindakan..
MASA
1.    Selepas pembelajaran.
1.    Selepas pembelajaran.
1.    Sebelum, semasa, selepas pembelajaran.
LIPUTAN
1.    Terhad pada sesuatu  kemahiran atau pembelajaran.
1.    Sesuatu peringkat pembelajaran.
1.    Dari sesuatu pembelajaran tertentu ke seluruh kurikulum.
KEPUTUSAN
1.    Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan  pembelajaran yang spesifik.
1.    Menunjukkan pencapaian secara relatif.
1.    Menunjukkan pencapaian keseluruhan tetapi tidak semestinya  membayangkan kebaikan seorang individu.

Sumber:
Lee Shok Mee (1993). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Perkaitan Antara Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian

Kita dapati bahawa ketiga-tiga elemen atau aspek di atas saling berkait. Perkaitan ini dapat dilihat dalam proses yang berlaku pada setiap peringkat pengukuran, pengujian dan penilaian. Contohnya:


Kemahiran yang terlibat : Matematik ( penambahan )

Aktiviti Pengukuran
Aktiviti Pengujian


Aktiviti Penilaian

Guru menyediakan instrumen untuk mengukur kebolehan murid dalam subjek Matematik. Skala ditentukan.
Instrumen yang digunakan ialah ujian bertulis. Soalan dibina, diajukan dan dimarkah. Terdapat arahan soalan, butiran dan skima pemarkahan.
Setelah mendapat data. Maka guru membuat pertimbangan mengenai pencapaian murid. Langkah diambil hasil dari data tersebut.
                                                                                                          ( Razali Ismail, 1993 )

No comments:

Post a Comment